Thursday, October 22, 2009

Adwords

Tahukah anda apa itu Adwords?

Adwords adalah kempen pengiklanan yang anda perlu
bayar bagi setiap klik. Anda boleh tetapkan berapa
banyak klik sehari, dan berapa banyak yang anda mahu
bayar setiap hari.

Mudah katanya, anda mengawal kos perbelanjaan dalam
Google Adwords.

Dengan Adwords, anda akan mendapat trafik dengan
segera, lebih cepat & tak perlu guna teknik video,
optimasi enjin carian atau apa sahaja cara lain yang
sangat memakan masa.

Dengan hanya setting yang hanya ambil beberapa minit,
5 minit kemudian iklan anda akan terus terpapar di
internet pada kiri paparan carian Google!

Cuba bayangkan jika anda bayar Adwords 30 sen bagi
setiap klik. & Umpamakan setiap 100 klik, anda mendapat
satu jualan.

Sebagai contoh, 1 jualan produk yang anda promosi
memberikan anda komisen US$40. Maka dalam 1 jualan,
anda untung RM130 secara kasarnya. Bermakna, anda akan
untung BERSIH RM100.

Bayangkan jika anda belanja RM300 sahaja, anda sudah
mendapat UNTUNG KASAR RM1,300! Kalau belanja RM3,000,
dapatlah untung bersih RM 13,000!

Kuasa Facebook

Laman sosial terbesar di dunia! Anda tidak perlu bersusah payah bersosial di laman sosial yang lain.

-Tiada had umur untuk menggunakan Facebook, prospek anda akan terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Purata seseorang menggunakan Facebook adalah 5-7 jam sehari,jaminan untuk anda mendapat trafik yang tetap.

-Sangat fleksibel dan mudah untuk digunakan, semua orang boleh menggunakan Facebook.

-Terdapat banyak applikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan trafik, anda boleh beriklan percuma!

-Ramai selebriti, ahli politik, tokoh korporat, jutawan, ikon dan ahli perniagaan yang menggunakan Facebook.
Anda boleh membina kumpulan dan network dengan pantas walaupun anda tidak pernah berjumpa mereka.

-Ramai ahli perniagaan menggunakan Facebook untuk mempromosi perniagaan mereka.
Setiap hari lebih daripada 10,000 produk dibeli melalui Facebook!

7 Tahap Usahawan Internet

Menurut Dan Lok, seorang guru pemasaran ‘direct response’ antarabangsa, beliau menyatakan terdapat 7 tahap bagi seorang usahawan internet itu.Ianya adalah :

Tahap 1 – The Mooches

Secara ringkas, The Mooches adalah mereka yang :

Mempercayai internet bukanlah tempat untuk menjana sebarang pendapatan, tetapi internet hanyalah sekadar tempat untuk berseronok.
Kemahiran yang rendah di dalam teknik pemasaran.
Kurangnya motivasi untuk berjaya.
Bersikap rendah diri dan takut untuk mencuba.
PERCAYA bahawa kekayaan itu adalah kebetulan sahaja dan bukannya hasil dari kemahiran dan kerja keras.

Tahap 2 – The Wanna-Be

The Wanna-Be berada di atas sedikit dari The Mooches.

Dan mereka di dalam bahagian The Wanna-Be ini memiliki sifat dan personaliti seperti :

Sama seperti The Mooches, yakni kurangnya motivasi untuk berjaya.
Mahu wang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Gagal untuk bertanggungjawab keatas segala tindakan di dalam hidup mereka.
Mudah menjadi mangsa penipuan scam.Golongan ini melaburkan wang mereka di dalam peluang-peluang murah, mempercayai kononnya akan membawa kekayaan kepada mereka suatu hari nanti.

Tahap 3 – The Pretend To Be

Golongan The Pretend To Be ini boleh diibaratkan sebagai mereka yang bekerja keras TETAPI tidak mengambil sebarang pengajaran dari hasil usahanya.

Bermakna golongan ini, jika mereka gagal, mereka tidak membuat sebarang kajian atau post mortem mengapa mereka gagal.

Akhirnya mereka asyik melakukan kesilapan yang sama, kononnya mereka bekerja keras, tetapi masih lagi tidak berjaya berjaya.

Golongan ini Hard Work , tetapi tidak Work Smart.Ciri-ciri golongan ini adalah adalah seperti :

Mereka cakap banyak, namun pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa yang mereka cakapkan itu.They just don’t walk the talk.
Kurang keberanian dan takut kepada ketidaktahuan.
Mereka hidup di dalam sangkaan mereka sendiri yang salah.Mereka mempercayai adanya masa yang sesuai dan tidak untuk melakukan sesuatu.Hakikatnya mereka tidak tahu SEKARANG adalah masa yang paling tepat..!

Tahap 4 – The Newbie

Di tahap keempat ini adalah tahap untuk The Newbie.Mereka yang di tahap ini mempunyai sikap-sikap yang sangat positif seperti keinginan untuk mempelajari ilmu-ilmu baru, mempunyai kemahiran-kemahiran yang diperlukan, namun kekurangan pengalaman.

Golongan ini mempunyai pegangan tersendiri iaitu ‘If you want something done, you gotta do it yourself.’ Ini bermakna, mereka akan melakukan KESEMUA kerja-kerja berkaitan perniagaan mereka, dan secara langsung ianya tidak memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ciri-ciri untuk golongan The Newbie ini adalah :

Kebanyakan dari usahawan internet JATUH di level ini.
Mereka keliru dengan pendekatan yang betul untuk memasarkan sesuatu produk.
Kurangnya pemahaman terhadap asas di dalam pemasaran.
Tiada visi.Gagal untuk melihat perniagaan mereka dari segi jangka panjang.

Tahap 5 – The Marketer

The Marketer telah mencapai tahap di mana mereka hampir mencapai kejayaan tersendiri.Mereka telah menjana pendapatan akan tetapi mereka kurang dari segi cita-cita untuk membina sebuah perniagaan berasaskan internet, dan bukan hanya memiliki laman web yang menjana pendapatan sahaja.

Mereka ini mempunyai ciri-ciri seperti :

Takut untuk keluar dari zon selesa mereka, walaupun menjana pendapatan yang tinggi dari internet.
Kebanyakannya memilih ‘bermain untuk tidak kalah’ berbanding ‘bermain untuk menang’.
Memiliki perniagaan yang berpotensi untuk dibawa ke tahap yang seterusnya.

Tahap 6 – The Master

The Master adalah jutawan.Mereka mempunyai pendapatan 6 angka setahun.Mereka adalah leader di dalam industri mereka.Mereka berpengalaman bekerja di dalam pelbagai jenis perniagaan.

Keupayaan utama The Master adalah , mereka boleh memasuki mana-mana saja niche, walaupun niche yang mereka masuki itu bukanlah niche kepakaran mereka dan mereka tiada pengalaman di dalam pasaran niche tersebut.

Ciri-ciri mereka di bahagian The Master adalah seperti berikut :

Mereka meng-outsource hampir keseluruhan perniagaan mereka kecuali pemasaran.
Tidak pernah berhenti belajar-sentiasa ingin menambah ilmu dan membuat pelaburan untuk diri sendiri.
Menpunyai visi yang jelas dengan apa yang mereka inginkan.
Percaya pada diri sendiri dan keupayaan yang mereka ada.

Tahap 7 – The Entrepreneur

Inilah tahap terakhir di dalam hirarki seorang usahawan internet.

The Entrepreneur adalah mereka yang telah mencapai kejayaan tertingi di dalam hidup mereka.

Mereka mengaji individu-individu yang lebih cemerlang dari mereka untuk memastikan kejayaan perniagaan mereka.

Ciri-ciri The Entrepreneur adalah mereka yang :

Memiliki visi dan sifat keusahawanan yang tinggi.
Membawa perniagaan mereka menjadi public.
Sentiasa meningkatkan modal.
Mengaji pengurus profesional untuk menjalankan perniagaan mereka.

Wednesday, October 21, 2009

5 Kaedah Pantas Cari Duit Internet

Tiada yang lebih mudah daripada mencari duit melalui pelbagai kaedah yang ada di dunia siber.

Bagaimana untuk memulakan misi cari duit internet pertama anda? Mari kita lihat pilihan yang anda ada dengan segera.

Jika anda seorang yang sudah berpengalaman, tips ini juga dapat menambah portfolio baru pendapatan internet anda.

1) Setup blog dengan Blogger.com dan mohon untuk menyertai program Google AdSense. Kaedah ini adalah yang paling mudah, percuma dan pantas.

2) Buka akaun PayPal secara percuma dan promosi produk affiliate. Terdapat banyak program affiliate yang ada di internet. Selalunya, program ini membayar anda menggunakan PayPal atau Cek.

Sila rujuk laman berikut:

http://www.affiliateguide.com
http://www.associateprograms.com
http://www.affiliateprograms.com

3) Selepas anda ada sedikit modal, ada baiknya anda "melabur" semula ke dalam perniagaan internet anda. Saya cadangkan anda daftar dengan eBay dan cari produk yang mempunyai "master resell rights" atau "private label rights".

Kebanyakan produk ini dilelong dengan murah antara $0.01 ke $1.98!

Anda boleh rujuk senaraian lelong eBay di lens ini.

Kemudian, anda boleh setup laman web niaga anda sendiri dan jual semula produk tersebut dengan lebih tinggi.


Seterusnya lakukan promosi melalui blog, groups, forum, craigslist dan portal web 2.0 seperti Digg, Technorati, Reddit dsb.

4) Jual servis anda. Anda mempunyai masa dan kemahiran unik seperti rekabentuk grafik, laman web atau menulis. Iklankan servis anda di forum atau portal freelance seperti

elance.com
rentacoder.com

dan banyak lagi portal lain.

5) Kongsi kreativiti anda dan dapat untung. Dengan perkembangan web 2.0, banyak portal perkongsian media seperti video, audio dan foto memerlukan sumber daripada anda.

Kebanyakan portal ini bersedia menerima hasil kreativiti anda dan sanggup berkongsi pendapatan dengan anda!

Contoh portal tersebut:

http://metacafe.com
http://vume.com
http://flixya.com
http://break.com
http://www.shareapic.net

Jadi, tunggu apa lagi. Mulakan kajian anda dan mula buat duit segera daripada internet.

Kesemua kaedah di atas mempunyai risiko yang amat rendah tetapi berpotensi memberi keuntungan yang amat lumayan kepada anda!

Malahan, ianya percuma untuk disertai tanpa anda perlu untuk membayar apa-apa.

Mulakan sekarang, mulakan dari kecil!

Menepis Risiko Hilang Duit

Tips mengelak anda hilang duit di internet
Perkara di internet sama sahaja seperti dunia nyata.

Bezanya cuma kita hanya berhubung menggunakan maklumat dan multimedia tanpa perlu berjumpa pihak satu lagi.

Tetapi, awas! Disebabkan faktor itu, ia menjadi begitu mudah untuk anda ditipu atau discam oleh pihak tertentu yang sememangnya profesional dalam menipu orang lain di internet.

Namun, bukanlah sukar untuk menghidu penipu di internet. Mari kita lihat apakah perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum berurusan dengan sesiapa di internet.

5 Langkah Mudah Untuk Melindungi Duit Anda

1) Kaji latarbelakang pihak tersebut. Lakukan carian di enjin carian dengan memasukkan nama orang, syarikat atau program tersebut.

2) Pergi ke forum dan bertanya pendapat orang lain.

3) Pastikan laman web pihak tersebut mempunyai bukti verifikasi dan pengesahan pihak ketiga mengenai tahap kebolehpercayaan.

4) Tanya pihak berkuasa berkaitan.

5) Anda sendiri boleh berkomunikasi dengan khidmat pelanggan atau sokongan mereka untuk mengetahui tahap respons dan maklumat tambahan.

Secara mudahnya, jika maklumat pihat tersebut kabur, tidak jelas dan banyak alasan maka anda ada satu pilihan - jauhi pihak atau program tersebut.

Jangan risau, di internet ini ada lebih 1,001 cara buat duit.