Saturday, November 21, 2009

Jimat Cermat & Simpanan

Dalam menguruskan wang perkara asas yang perlu diketahui adalah langkah berjimat dan membuat simpanan. Setiap orang perlu mengambil langkah berjimat cermat tidak kira anda siapa orang kaya mahupun miskin, ini kerana pada kebiasaannya semakin besar pendapatan semakin banyak yang dibelanjakan seperti kata pepatah semakin besar periuk maka semakin banyaklah keraknya.

Tanpa mengamalkan berjimat cermat atau dengan kata lain anda boros maka semakin hari umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang, itulah yang akan terjadi apabila langkah berjimat diabaikan. Sikap boros yang ada pada diri itu sendiri akan menjadikan kita suka berbelanja apabila dapat wang dan fikiran kita akan mula tidak kisahkan pasal duit kerana bulan dapat dapat lagi dan perlu dibelanjakan juga.

Asas kedua adalah melakukan simpanan untuk diri sendiri dimana wang perlu diasingkan sebanyak 10% dari wang gaji dan disimpan kedalam akan akaun pelaburan. Ini bertujuan wang 10% tadi akan digunakan untuk tujuan kecemasan nanti. Simpanan ini adalah cukup penting bagi seseorang kerana dengan wang inilah akan digunakan untuk digandakan sebanyak mungkin dengan pelbagai cara.

Secara asasnya sekiranya anda ingin mencapai kebebasan kewangan haruslah bermula dengan langkah berjimat dan memulakan simpanan demi menjamin wang akan berganda pada masa akan datang. Ingat kegagalan melaksanakan dua asas penting ini maka anda gagal untuk mencapai kebebasan kewangan sepanjang hayat anda.

No comments: