Monday, July 5, 2010

Perniagaan

Niaga atau perniagaan merupakan satu sistem pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Suatu mekanisma yang membolehkan perniagaan berlaku dipanggil pasar atau pasaran. Pada asalnya, pertukaran ini adalah menggunakan sistem barter, atau suka-sama-suka. Kini, biasanya duit digunakan sebagai ganti. Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui media pertukaran seperti wang. Oleh itu, pembelian boleh diasingkan daripada penjualan, atau pendapatan. Rekaan wang (dan kemudiannya kredit, wang kertas, dan wang bukan fizikal) memudahkan dan mempromosikan perdagangan. Perdagangan antara dua orang pedagang dipanggil 'perdagangan dua hala', manakala perdagangan antara melebihi dua orang pedagang digelarkan 'perdagangan berbilang hala'.

Perdagangan wujud disebabkan banyak alasan. Disebabkan pengkhususan dan pembahagian kerja, kebanyakan orang menumpukan usaha mereka bagi mengenal pasti peluang-peluang perniagaan pada suatu aspek pengeluaran yang kecil, dan menukarkan hasil-hasil mereka dengan produk-produk yang lain. Perdagangan wujud antara kawasan-kawasan disebabkan setiap kawasan mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran sesuatu atau sebilangan komoditi yang tertentu, atau kerana saiz kawasan itu memberikan manfaat pengeluaran besar-besaran. Oleh itu, perdagangan pada harga pasaran antara kawasan-kawasan memanfaatkan semua kawasan. Kaedah menyediakan rancangan perniagaan membenarkan seseorang mengenal pasti potensi sesuatu kawasan untuk memajukan perniagaan

No comments: