Thursday, October 22, 2009

Adwords

Tahukah anda apa itu Adwords?

Adwords adalah kempen pengiklanan yang anda perlu
bayar bagi setiap klik. Anda boleh tetapkan berapa
banyak klik sehari, dan berapa banyak yang anda mahu
bayar setiap hari.

Mudah katanya, anda mengawal kos perbelanjaan dalam
Google Adwords.

Dengan Adwords, anda akan mendapat trafik dengan
segera, lebih cepat & tak perlu guna teknik video,
optimasi enjin carian atau apa sahaja cara lain yang
sangat memakan masa.

Dengan hanya setting yang hanya ambil beberapa minit,
5 minit kemudian iklan anda akan terus terpapar di
internet pada kiri paparan carian Google!

Cuba bayangkan jika anda bayar Adwords 30 sen bagi
setiap klik. & Umpamakan setiap 100 klik, anda mendapat
satu jualan.

Sebagai contoh, 1 jualan produk yang anda promosi
memberikan anda komisen US$40. Maka dalam 1 jualan,
anda untung RM130 secara kasarnya. Bermakna, anda akan
untung BERSIH RM100.

Bayangkan jika anda belanja RM300 sahaja, anda sudah
mendapat UNTUNG KASAR RM1,300! Kalau belanja RM3,000,
dapatlah untung bersih RM 13,000!

No comments: