Wednesday, October 21, 2009

Menepis Risiko Hilang Duit

Tips mengelak anda hilang duit di internet
Perkara di internet sama sahaja seperti dunia nyata.

Bezanya cuma kita hanya berhubung menggunakan maklumat dan multimedia tanpa perlu berjumpa pihak satu lagi.

Tetapi, awas! Disebabkan faktor itu, ia menjadi begitu mudah untuk anda ditipu atau discam oleh pihak tertentu yang sememangnya profesional dalam menipu orang lain di internet.

Namun, bukanlah sukar untuk menghidu penipu di internet. Mari kita lihat apakah perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum berurusan dengan sesiapa di internet.

5 Langkah Mudah Untuk Melindungi Duit Anda

1) Kaji latarbelakang pihak tersebut. Lakukan carian di enjin carian dengan memasukkan nama orang, syarikat atau program tersebut.

2) Pergi ke forum dan bertanya pendapat orang lain.

3) Pastikan laman web pihak tersebut mempunyai bukti verifikasi dan pengesahan pihak ketiga mengenai tahap kebolehpercayaan.

4) Tanya pihak berkuasa berkaitan.

5) Anda sendiri boleh berkomunikasi dengan khidmat pelanggan atau sokongan mereka untuk mengetahui tahap respons dan maklumat tambahan.

Secara mudahnya, jika maklumat pihat tersebut kabur, tidak jelas dan banyak alasan maka anda ada satu pilihan - jauhi pihak atau program tersebut.

Jangan risau, di internet ini ada lebih 1,001 cara buat duit.

No comments: